BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 26, 2010

Ingatan Rasulullah kepada Umatnya

Pernah suatu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W. Para sahabat yang berada di majlis tersebut menjadi gelisahkerana melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah.

Apabila ditanya oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasakan iri hati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya kepada Rasulullah dengan ucapan " Bukankah kami ini ikhwanmu? ",

lalu Rasulullah menjawab " Tidak, kamu semua adalah sahabatku, ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan ajaran yang di bawa olehku. Mereka juga sangat mencintaiku dan aku sangat rindu untuk bertemu dengan mereka ".

Adakah kita ikhwan itu ???

----------------------------------------------------------

Ketika Rasulullah berada di sakaratul maut, Rasulullah menyebut " Ya Ummati ". Rasulullah meminta kepada Allah agar sakit hendak mati bagi umatnya di hadapi oleh Baginda sendiri. Lalu Allah tidak memakbulkan doa tersebut... Allah hanya memberikan kesakitan itu hanya sebahagian daripada yang sebenarnya ......

Kematian yang kita bakal hadapi telah pun Nabi rasai dan dikurangkan kerana Baginda amat menyayangi umatnya

___________________________________________________


Rasulullah sentiasa menyayangi, mencintai dan mengingati umatnya..... namun, kita sebagai umatnya, adalkah kita mengingati, mencintai dan merindui Baginda......

Pada hari kelahiran baginda ini, marilah kita banyakkan selawat kerana pada hari-hari yang lain mungkin kita sudah lupa akan Rasulullah... Gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk mengingati Baginda dengan selawat ........

InsyaAllah.....

0 comments: