BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 21, 2009

TERBONGKAR !!! Rahsia Harta Karun di Penjara Pudu



Penemuan Rahsia Harta Karun


Berlaku di Penjara Pudu,Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'BilikTerakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian aneh sejak Penjara Pudu mula ditutup.


Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.


Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat bagi menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.


Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu semasa proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.


Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka pintunya dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.


Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.


Tersebutlah kisah pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal di kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir'itu.


Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi, beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.Beliau cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.


Sedang dia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu sahaja.Dia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?


Oleh kerana beliau didorong dengan perasaan ingin tahu yang tinggi, beliau beranikan dirinya untuk menghampiri Bilik Terakhir itu.Alangkah terperanjatnya beliau apabila mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua.


Mulalah dia berasagementar, seram serta menggigil ketakutan diseluruh badan.Namun demikian beliau terpaksa memberanikan diri untuk memasuki pintu gua yang samar-samar itu kerana perasaan ingin tahunya semakin lama semakin mendalam.


Beliau berjalan menuju ke pintu gua tersebut sambil meninjau-ninjau ke dalam gua itu jika terlihat akan kambing hitam yang dilihatnya sebentar tadi. Apabila beliau berjalan sehingga ke dalam gua tersebut, alangkah terperanjatnya beliau apabila mendapati banyak harta karun dalamnya.


Beliau cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba sahaja harta itu hilang dari pandangannya lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,'Heyyyyyy manusiaaa. Janganlah kau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kepunyaan kauuuu'.


Lembaga tersebut diam seketika dan berkata lagi 'Hartaa itu Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa'.Selepas itu lembaga itu mengilai 'Haaaah Haaaa Haaaaa Haaaaa Haaaaaahhhhh' lalu berkata 'Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... '


Terima kasih kepada pembaca yang kusyuk membacanya.

Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan sesiapapun.

Hang Tuah Gagal SPM


Pernahkan anda mengetahui bahawa Hang Tuah yang terkenal di Melaka sebagai seorang hulubalang yang gagah, berani, dan tidak menderhaka kepada Sultan Melaka telah mengambil SPM (Sijil Persilatan Melayu ). Adakah anda mengetahui keputusan SPM Hang Tuah? Semestinya anda tertanya-tanya sama ada perkara ini benar atau tidak atau ada memikirkan tentang keputusan SPM beliau ? Bersama-sama kita saksikan keputusan beliau di url berikut ....

http://www.youtube.com/watch?v=YOKmc1oslVE